Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTatatertib
Power by IT & E-Government,
Prime Minister's Office

​Soalan-Soalan Lazim

 


​Hubungi Kami
​Tel : 238 2469 Ext : 448
Fax : 238 3013/238 1387 e-mel : info.tatatertib@psd.gov.bn




 

 KELAKUAN DAN TATATERTIB


Borang-Borang Sokongan Tindakan Tatatertib Dan Senarai Semak Proses Tindakan Tatatertib

  1. KES TIDAK HADIR BEKERIA TANPA KEBENARAN & KES KELUAR NEGERI TANPA KEBENARAN

  2. KES TERLIBAT / DISYAKI DALAM KES JENAYAH

  3. KES BAGI DISABIT KESALAHAN JENAYAH / DIBEBASKAN

Tindakan Boleh Diambil Ke Atas Sesiapa Yang Berkenaan Yang Gagal Untuk Bertindak Menurut Tatacara Surat Keliling. Ini Termasuk Dipertanggungjawabkan Membayar Balik Gaji Atau Elaun Yang Tersalah Bayar Itu (Surcharge).

Peraturan Surcharge dari Surat Keliling labatan Perdana Menteri Bil: 19/1998 yang berkaitan dengan Kuasa Menahan Gaji Dan Digantung Dari Menjalankan Tugas Dan Kewajipan bagi kesalahan tidak hadir dan terlibat/disyaki dan disabitkan bagi kes jenayah.


Setiap warga perkhidmatan akan bertanggungjawab mentaati semua peraturan dan arah yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. Peraturan dan arahan ini dihasratkan untuk mewujudkan warga perkhidmatan awam yang bersih, jujur, cekap dan amanah selaras dengan rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam.

Antara peraturan dan arahan termasuk:

  • Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83);
  • Peraturan-Peraturan Kewangan 1983;
  • Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri;
  • Surat Keliling Kementerian Kewangan; dan,
  • Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 



KEHADIRAN BEKERJA

(Peraturan 4, 6 dan 8)
Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83)
Bentuk Sektor Swasta

 Setiap warga perkhidmatan awam:
  • Dikehendaki bekerja setiap hari, kecuali pada hari-hari kelepasan am dan awam serta semasa bercuti;
  • Bertanggungjawab mematuhi peraturan waktu bekerja iaitu minimum 7 ½ jam sehari;
Waktu Bekerja
7.45 pagi – 12.15 tengah hari
1.30 petang – 4.30 petang
(Setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, kecuali dengan khas ditentukan)
 
Warga perkhidmatan awam juga:
  • Dikehendaki berada di pejabat / tempat bekerja setiap masa;
  • Dikehendaki mendapat kebenaran ketua jabatan atau pegawai atasan, jika meninggalkan pejabat / tempat bekerja;
  • Dimestikan mencatat waktu keluar dan masuk pejabat / tempat bekerja;

Warga perkhidmatan awam akan diambil tindakan tatatertib, jika:
  • Tidak mematuhi peraturan waktu bekerja;
  • Meninggalkan pejabat / waktu bekerja semasa waktu bekerja tanpa kebenaran ketua jabatan atau pegawai atasan; dan
  • Tidak hadir bekerja tanpa kebenaran bertulis daripada ketua jabatan.


 
PERMOHONAN KELUAR NEGERI

(Peraturan 9)
Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83)

Setiap warga perkhidmatan awam:
  • Dimestikan berada dalam negeri setiap masa.
  • Dimestikan menghadapkan permohonan secara bertulis kepada ketua jabatan masing-masing, jika berhajat untuk keluar negeri.
  • Dimestikan mendapat kebenaran permohonan sebelum keluar negeri.
  • Tidak dibenarkan keluar negeri semasa:
Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.
Sambutan Hari Keputeraan KDYMM
Sambutan Hari kebangsaan
Majlis-Majlis Adat Istiadat Beraja
(Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 11/1999)

Warga perkhidmatan awam yang keluar negeri tanpa kebenaran bertulis daripada ketua jabatan adalah menyalahi peraturan dan boleh diambil tindakan tatatertib.


 

PENYALAHGUNAAN DADAH

Setiap warga perkhidmatan awam ditegah keras melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah setiap masa termasuk pengedaran, penjualan, pemprosesan atau sebarang aktiviti yang menghasilkan dadah.

Pusat Pemulihan Al-Islah dan Biro Kawalan Narkotik adalah agensi Kerajaan yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Warga perkhidmatan awam yang dilaporkan terlibat akan diambil tindakan tatatertib.



KEWANGAN

(Peraturan-Peraturan Kewangan 1983)
Setiap warga perkhidmatan awam yang bertugas secara langsung atau tidak dengan perkhidmatan awam dan pengurusan kewangan adalah dikehendaki:
 
  • Mengetahui dan memahami peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

  • Melaksanakan tugas dan kewajipan dengan penuh jujur, amanah, cekap, titih dan lutanan.
Warga perkhidmatan awam yang melanggar peraturan dan prosedur yang ditetapkan akan diambil tindakan tatatertib.



KERAHSIAAN MAKLUMAT KERAJAAN

(Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2/2000 – Akta Rahsia Rasmi Bab 5 Penggal 153)

Setiap warga perkhidmatan awam yang bertugas secara langsung atau tidak dengan perkhidmatan dan pengurusan pejabat adalah dikehendaki:
 
  • Mengetahui, memahami dan mematuhi setiap masa Akta Rahsia Rahmi seperti yang ditandatangani semasa memulakan perkhidmatan dengan Kerajaan;

  • Menjaga kerahsiaan dokumen Kerajaan setiap masa termasuk setelah meninggalkan perkhidmatan Kerajaan.



JENAYAH DAN KESALAHAN SYARIAH

Setiap warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan rukun akhlak dan etika kerja yang mulia, serta menjadi role model kepada warga perkhidmatan awam yang lain.

Warga perkhidmatan awam perlu menghindar diri daripada terlibat dengan kes-kes seperti:
  • Judi;
  • Curi;
  • Khalwat;
  • Zina;
  • Persetubuhan haram;
  • Makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan.
Warga perkhidmatan awam yang terlibat dalam kes-kes jenayah dan / atau kesalahan syariah, jika sabit kesalahan, akan dihukum di mahkamah dan sekali gus diambil tindakan tatatertib.



TINDAKAN TATATERTIB

Tindakan tatatertib yang dikenakan kepada warga perkhidmatan awam menurut kesalahan:
  • Diberi teguran (amaran lisan)
  • Diberi amaran bertulis
  • Digantung kerja
  • Ditahan kerja
  • Ditahan kenaikan gaji
  • Diturunkan pangkat
  • Dipersarakan
  • Ditamatkan perkhidmatan
  • Dibuang kerja
Alamat Perhubungan :
Unit Penguatkuasaan Tatatertib
Bahagian Perkhidmatan Personel,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang, 
Bandar Seri Begawan, BA 1311
Negara Brunei Darussalam

Tel : 238 2469 Ext : 248
Fax : 238 3013/238 1387