Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Jawatan Utama Perkhidmatan Awam

Selaras dengan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam, peranan strategik utama unit JUPA ialah menguruskan perancangan, pengurusan dan pembangunan/perkembangan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam, khususnya bagi pegawai-pegawai dalam Bahagian I.

FUNGSI DAN PERANAN :

  • Unit JUPA berperanan dalam memastikan hal ehwal perkembangan kerjaya seperti sokongan kenaikan pangkat, sokongan kebenaran memangku, penetapan jawatan, penyelarasan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan perkara-perkara yang berkaitan, bagi semua pegawai-pegawai dalam Bahagian I.
  • Pada umumnya, unit JUPA memeduli hal ehwal perkembangan kerjaya bagi pegawai-pegawai dalam Bahagaian I, yang dibahagikan kepada dua (2) kelompok utama, iaitu Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei dan Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan lain, bagi memudahkan proses-proses yang berkaitan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

  1. Merancang, melaksanakan, memantau dan meneliti semula dasar-dasar berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan strategik sumber manusia dalam perkhidmatan awam termasuk Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (B.A.S);
  2. Menyediakan kertas kerja strategik yang berkaitan dengan hal ehwal JUPA;
  3. Memantau hal ehwal kertas kerja projek bagi sokongan-sokongan kenaikan pangkat dan penetapan jawatan;
  4. Merancang, melaksana, memantau dan meneliti semula keperluan latihan dan pembangunan pegawai-pegawai berikut:-
    • Pegawai-Pegawai dalam Bahagian I;
    • Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (B.A.S);
    • Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam;
    • Pegawai-Pegawai dan kakitangan unit JUPA.
  5. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa perangkaan pegawai-pegawai kanan Kerjaan dalam Bahagian I dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (B.A.S) dari semasa ke semasa;
  6. Memantau status permohonan lantikan memangku, penetapan jawatan, kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan.