Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCuti Beranak

  1.  Bolehkah tempoh Cuti Beranak (105 hari) dipendekkan?

Jawapan:

Tidak digalakkan disebabkan tidak menepati tujuan Peraturan Cuti Beranak 2011 diwujudkan yakni bagi memberikan tempoh masa yang lebih bersesuaian kepada ibu-ibu untuk menyusukan dan menjaga anak damit mereka:

Ibu-ibu yang mengandung adalah penting untuk berehat sebelum melahirkan (pre-natal) bagi memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan mantap dan stabil.

Ibu-ibu selepas melahirkan anak adalah penting untuk berehat di dalam tempoh yang bersesuaian bagi pemulihan kesihatan dan untuk dapat meyusukan anak damit (breastfeeding) yang cukup bagi kesempurnaan kesihatan.
 

  1.  Sekiranya pegawai/kakitangan baru berkhidmat yang mana tempoh perkhidmatan kurang dari 90 hari, adakah pegawai/kakitangan berkenaan dibolehkan melapor diri untuk bekerja semula selepas 2 atau 3 minggu Cuti Beranak?  

          
Jawapan:
Merujuk kepada International Labour Organisation (ILO) yang mana Negara Brunei Darussalam adalah salah sebuah Negara anggota, menggariskan Cuti Beranak tidak boleh kurang dari enam (6) minggu.

  1.  Sekiranya rakyat asing bekerja di Negara ini yang mana atas dasar undang-undang Negara mereka perlu mendaftarkan anak yang baru lahir ke negara masing-masing, adakah dibenarkan untuk keluar Negara?  

Jawapan:
Dibolehkan sekiranya proses pendaftaran tersebut tidak boleh dikendalikan melalui perwakilan/kedutaan Negara berkaitan di Negara Brunei Darussalam.

  1. Kenapa Paternity Leave tidak diwujudkan bagi para suami/bapa?

Jawapan:
Pegawai/kakitangan lelaki adalah dibolehkan/dibenarkan untuk mengambil Cuti Tahunan masing-masing.

  1. Kenapa pegawai /kakitangan yang mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan di Universiti Brunei Darussalam hanya dibenarkan Cuti Beranak selama 2 minggu?

Jawapan:
Cuti selama 2 minggu tersebut adalah merujuk kepada peraturan institusi berkenaan bagi mengelakkan pegawai/kakitangan berkenaan tertinggal dalam mengikuti kursus yang diikuti.
 

  1. Bagi pegawai/kakitangan yang berasal dari Daerah Temburong yang sedang menjalani Cuti Beranak, adakah perjalanan berulangalik balik kampong dalam tempoh Cuti Beranak secara jalan darat melalui Daerah Limbang, Malaysia dibenarkan?
     

Jawapan:
Dibenarkan melalui Daerah Limbang.

  1. Adakah Cuti Beranak selama 105 hari boleh diberikan kepada pegawai/kakitangan yang tidak berkahwin?

Jawapan:
Tidak boleh - merujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 1/2011 mengenai Peraturan Cuti Beranak 2011 perenggan 2 seperti berikut:

ii. Syarat Kelayakan
        

    • Cuti Beranak diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan perempuan dalam Perkhidmatan awam yang sah berkahwin disisi Undang-Undang Negara Brunei Darussalam.

          

       8. Adakah pegawai/kakitangan sambilan (part-time) berkelayakan untuk diberikan Cuti Beranak?


Jawapan:
Tidak berkelayakan.

  1.  Kenapa pegawai/kakitangan yang ditetapkan/disahkan akan melahirkan secara pembedahan tidak diberikan cuti mandatori 2 minggu sebelum melahirkan (pre natal)?


Jawapan:
Cuti mandatori 2 minggu sebelum melahirkan (pre natal) bermula pada minggu 38 kandungan yang mana adalah juga minggu kandungan pembedahan lazimnya dibuat. Oleh itu cuti mandatori (pre natal) tidak diberikan dan Cuti Beranak akan bermula pada tarikh melahirkan (pembedahan).

  1. Adakah peraturan ini termasuk bagi pegawai yang beranak sebelum 1 Januari 2011?


Jawapan:
Peraturan ini tidak termasuk bagi pegawai yang beranak sebelum 1 Januari 2011. Tempoh Cuti Beranak bagi pegawai tersebut masih selama 56 hari.

  1. Jika seseorang pegawai itu menjalani Cuti Beranak 2 minggu sebelum tarikh dijangka beranak tetapi beliau belum lagi melahirkan dalam tempoh tersebut, adakah beliau diberikan Cuti Sakit atau Cuti Beranak?


Jawapan:
Pegawai berkenaan masih diberikan Cuti Beranak selama 105 hari.

  1. Peraturan ini ada menyatakan bahawa pegawai yang beranak jika perkhidmatannya kurang dari 90 hari tidak akan dibayar gaji. Adakah ini akan menjejaskan perkhidmatannya?


Jawapan:
Perkhidmatan pegawai akan terjejas seperti kenaikan gaji tahunan, kelayakan cuti tahunan, tempoh perkhidmatan, bonus, pencen dan baksis kerana dia dikira Cuti Tidak Bergaji.

  1. Adakah pegawai-pegawai yang beranak di JPMC masih perlu meminta pengesahan cuti dari Pegawai Perubatan Kerajaan?


Jawapan:
Pegawai-pegawai yang beranak di JPMC boleh diberikan Cuti Beranak mengikut peraturan ini dan cuti tersebut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

  1.  Bagaimanakah kedudukan Cuti Beranak bagi pegawai-pegawai yang menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan?


Jawapan:
Cuti Beranak bagi pegawai tersebut adalah mengikut peraturan institusi berkenaan. Misalnya mereka yang berkursus di UBD mereka hanya akan diberikan Cuti Beranak selama 2 minggu.

  1.  Jika seseorang pegawai semasa menjalani Cuti Beranak 105 hari diarahkan untuk bertugas kerana perkhidmatannya diperlukan, adakah cuti tersebut boleh diganti?


Jawapan:
Memandangkan tujuan utama peraturan ini adalah bagi memberikan pegawai-pegawai tersebut untuk berehat dan menyusukan anak damit mereka, adalah dinasihatkan supaya cuti tersebut hendaklah dihabiskan.

  1. Adakah pegawai yang memangku jawatan pegawai yang menjalani Cuti Beranak boleh dibayar elaun memangku?


Jawapan:
Menurut Peraturan Lantikan Memangku, seseorang pegawai akan dibayar elaun jika dia disokong untuk memangku jawatan yang disebabkan oleh kekosongan jawatan atau ketiadaan sementara pemegangnya. Merujuk akan peraturan ini maka pegawai yang memangku jawatan pegawai yang menjalani Cuti Beranak akan dibayar elaun memangku.

  1. Adakah perkhidmatan bergaji hari diambil kira, jika sekiranya pegawai baru dilantik dalam perkhidmatan bergaji bulan selama 2 bulan telah melahirkan?


Jawapan:

Pegawai yang sudah lama bergaji hari dan seterusnya dilantik ke perkhidmatan bergaji bulan selama 2 bulan adalah layak diberikan Cuti Bersalin.