Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Links50 Facts (Fact 41-50)

41



Fact #41

Kelab Perkhidmatan Awam merupakan sebuah institusi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang mana menempatkan beberapa kemudahan tempat bersukan, dewan acara dan bilik-bilik yang boleh digunakan untuk pelbagai acara. Ianya terletak dibawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelab ini telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 26 Ogos 1990. Ianya bertujuan untuk memberi ruang kemudahan kepada Ahli Kelab menjalankan berbagai aktiviti sukan dan beriadah bersama ahli keluarga. Semua warga perkhidmatan awam dialu-alukan untuk menjadi ahli berdaftar dengan kadar bulanan yang minima mengikut peringkat pangkat / tanggagaji.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): http://www.jpa.gov.bn

---

The Civil Service Club is an institution established by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, which houses a number of sports arenas, event halls and multi-purpose rooms. It is currently placed under the care of the Public Service Department. 

The Civil Service Club was officially established on 26 August 1990. It is aimed at providing club members a means to hold various sports activities and also leisure activities with their families. All civil servants are invited to register for membership, at a minimal monthly rate based on salary scale.

For more information, please visit the Public Service Department's (PSD's) website: http://www.jpa.gov.bn

#JPA50 #50FactsFor50Years

​42


Fact #42

Pelaksanaan pengauditan tenaga manusia perkhidmatan awam atas agensi-agensi Kerajaan adalah bagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-14 tahun 2007, yangmana antara lainnya Baginda telah bertitah:

"Beta ingin melihat satu audit dilaksanakan secara terperinci bagi menilai dan menyukat semula keperluan kakitangan di setiap agensi Kerajaan. Kita perlu tahu dengan pasti jumlah kakitangan yang optima yang diperlukan".

Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Unit Audit Tenaga Manusia, Bahagian Penyelidikan dan Perancangan telah diamanahkan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengauditan tenaga manusia. Aktiviti-Aktiviti ini dihasratkan dapat membantu pihak pengurusan agensi masing-masing dalam memastikan penggunaan tenaga manusia yang optima serta pengurusan dan pemantauan keperluan tenaga manusia organisasi secara menyeluruh.

---

Manpower audits are conducted on Government agencies in line with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Titah in conjuction with the 14th Public Service Day celebration in 2007, where His Majesty had decreed, among others: "I (Beta) wish to see an audit being undertaken in detail to review and measure the staffing needs in each Government Agency. We need to know with certainty the optimal staffing numbers required."

The Public Service Department through the Manpower Audit Unit, Research and Planning Division has been tasked with planning, coordinating, implementing and monitoring manpower audit activities. These activities are intended to assist the Management of government agencies in ensuring optimal manpower usage, as well as managing and monitoring the organisation's manpower needs as a whole.

#JPA50 #50FactsFor50Years

43​


Fact #43

Warga Perkhidmatan Awam dan orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri Hari Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1hb, 3hb dan 5hb Julai 2021 untuk lebih mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPA. Dalam edisi khas Hari Pelanggan ini, satu galeri sempena Jubli Emas JPA akan dibukakan di Aras 3, Bangunan JPA, Jalan Kumbang Pasang.

---

Civil servants and all members of the public are invited to attend the Public Service Department (PSD)'s Customer Day on 1st, 3rd and 5th July 2021 to learn more about services offered by PSD. This special Customer Day will feature a gallery to commemorate the Public Service Department's Golden Jubilee, located at Level 3 of the Public Service Department Building, Jalan Kumbang Pasang.

#JPA50 #50FactsFor50Years

44​


Fact #44

Bagi meneruskan pencapaian meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan untuk menggunakan perkembangan-perkembangan dalam bidang teknologi maklumat (IT) agar memodenkan pengurusan pangkalan data profile maklumat peribadi semua warga perkhidmatan awam.

Sistem pengurusan maklumat peribadi telah berkembang daripada sistem manual kepada sistem digital.   Baru-baru ini, Sistem Sumber Manusia (SSM) telah diperkenalkan sebagai sistem baru yang menggantikan sistem Government Employee Management Systems (GEMS) sebagai sistem maklumat peribadi moden dengan beberapa tambahan modul-modul seperti: permohonan cuti dan keluar negeri melalui telefon bimbit, penilaian prestasi kerja, latihan dan kedatangan melalui imbasan kod QR code. Antaramuka (interface) baginya juga telah diperbaharui untuk memudahkan para pengguna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): http://www.jpa.gov.bn

---

To further drive efficiency in administration and management, the Public Service Department has leveraged on advancements in the field of Information Technology (IT) as a means of modernising the personal information database for all civil servants.

The employee personal information system has evolved from a manual-based system to a digital system. Recently, the Sistem Sumber Manusia (Human Resource System or SSM) has been newly introduced to replace the Government Employee Management Systems (GEMS) as a modern human resource management system with additional modules such as: leave requests and exit country request via mobile phone, performance management information, training and attendance through QR code scanning. The interface has also been updated to be more user-friendly.

#JPA50 #50FactsFor50Years

45​


Fact #45

Diantaralain aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sempena Jubli Emas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah penanaman pokok dan satu kapsul masa (time capsule) di kawasan taman JPA. Ianya merupakan satu kaedah untuk memperingati pencapaian-pencapaian JPA pada masa ini dan menjadi bahan rujukan semula menjelang 15 tahun kehadapan, iaitu pada 1hb Julai 2036 (Hari ulangtahun penubuhan JPA ke-65).

---

Among the upcoming activities to be held in conjunction with the Public Service Division (PSD)'s Golden Jubilee is a tree-planting and time capsule to be place along PSD's grounds. This is a means of commemorating PSD's achievements to date and as a source of future reference materials to be opened 15 years from now, specifically on 1st July 2036 (PSD's 65th Anniversary of its establishment).

#JPA50 #50FactsFor50Years


​46


Fact #46

Pada 20 Januari 2021, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga melancarkan Sistem Pengurusan Aset JPA atau Assets Management Sistem atau ringkasnya 'AMAS', yang merupakan sebuah sistem yang dibangunkan bagi memastikan aset-aset di bawah kawalan JPA diselenggara dengan cekap dan teratur, sekaligus membantu pegawai dan kakitangan dalam memantau aset-aset tersebut.

Sistem 'AMAS' dibangunkan menggunakan aplikasi 'Sharepoint' secara 'in-house' oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM).

----

On 20 January 2021, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Minister at the Prime Minister's Office also launched the Public Service Department's Assets Management System (AMAS), which serves as a system to manage and oversee assets under the PSD's purview. This aids in ensuring assets under PSD are maintained in an efficient and systematic manner, while helping officers and staff in monitoring them.

AMAS was developed in-house based on the Sharepoint application by the IT Management Section.

#JPA50 #50FactsFor50Years

47​


Fact #47

Kaedah Cuti Sakit Disahkan Sendiri (CSDS) telah diperkenalkan untuk semua warga perkhidmatan awam sejak tahun 2016. Dengan ini, cuti sakit bagi penyakit ringan dapat diambil sendiri tanpa memerlukan sijil cuti sakit daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau klinik-klinik swasta yang diiktiraf, mengikut syarat-syarat tertentu yang berkuatkuasa.

Ini bertujuan untuk memudahkan dan memelihara kesejahteraan warga perkhidmatan awam yang menghidap penyakit ringan.

Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 08/2016.

---

The Self-Certified Sick Leave (CSDS) procedure was introduced for all civil servants in 2016. With this, sick leave for light ailments may be self-granted without the need for a medical certificate from a Government Medical Officer or recognised private clinic. Terms and conditions in force apply.

This procedure is aimed at easing the burdens and safeguarding welfare of civil servants afflicted with light ailments.

For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 8/2016

#JPA50 #50FactsFor50Years

​48


Fact #48

Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh mengadakan perkhidmatan kaunter sepenuh masa melalui waktu bekerja yang fleksibel.

Tatacara bagi mengadakan sistem waktu bekerja fleksibel bagi kakitangan kaunter ini adalah merupakan satu langkah bagi mempastikan orang ramai akan sentiasa memperolehi perkhidmatan awam yang berkualiti. Tatacara ini menambahkan waktu operasi perkhidmatan kaunter bagi orang ramai untuk berurusan dengan adanya pembukaan kaunter-kaunter perkhidmatan secara berterusan pada waktu rehat tengahari.

Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 8/2003.

---

Ministries and Departments may adopt flexible hours for their full-time counter services.

The introduction of flexible hours for counter services represents a step towards ensuring the public always receive high-quality public services. This method adds on the counter working hours for public engagement by keeping service counters open during the lunch break period.

For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 8/2003.

#JPA50 #50FactsFor50Years

49​


Fact #49

Pada 13 Ogos 2005, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat bercemar duli bagi mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ditempatkan di bangunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Semasa lawatan tersebut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mendengar sembah taklimat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ketika itu, YM Dato Paduka Awang Haji Saifon bin Haji Awang Besar mengenai peranan dan fungsi JPA, termasuk perancangan strategik JPA sejajar dengan Rancangan Kerja Strategik Jabatan Perdana Menteri.  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah seterusnya dijunjung berangkat ke bahagian-bahagian dan unit-unit JPA.

---

On 13 August 2005, His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office consented to a working visit to the Public Service Department (PSD) located at the Public Service Commission building. 

During the visit, His Royal Highness was briefed by YM Dato Paduka Awang Haji Saifon bin Haji Awang Besar, Director-General of Public Service at the time, on the roles and functions of PSD, including PSD's strategic plan in line with the Prime Minister's Office Strategic Work Plan. His Royal Highness was then invited to visit the sections and units under PSD.

#JPA50 #50FactsFor50Years

50


Fact #50

Pada 25 April 2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Keberangkatan lawatan baginda mencerminkan keprihatinan baginda yang amat mendalam terhadap kelicinan dan kelancaran jabatan tersebut. 

---

On 25 April 2012, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to a visit to the Public Service Department (PSD) and the Public Service Commission (PSC).

The visit reflects His Majesty's deep care for the effectiveness and efficiency of the Department.

#JPA50 #50FactsFor50Years