Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita & Maklumat Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Penyampaian Sijil EDPSGO Ke-26, EDPMMO Ke-26 & YEP Cohort 3

More Pictures...

Hari Isnin, 7 Ramadan 1440 bersamaan 13 Mei 2019

Majlis penyampaian sijil bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Ke 26, Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Ke 26 Dan Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 3 bagi tahun 2018 telah berlangsung pagi tadi di Dewan Teater, Jabatan Perdana Menteri.

Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dr Norfarizal bin Othman, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tayangan klip video aktiviti ketiga-tiga Program Pembangunan Eksekutif juga turut ditayangkan sejurus selepas ucapan daripada tetamu kehormat.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan; Pengarah Institut Perkhidmatan Awam dan Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei Darussalam.

Seramai 28 orang peserta EDPSGO ke-26; 31 orang peserta EDPMMO ke-26 dan 24 orang peserta YEP kohort 3 telah menerima sijil di majlis tersebut yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Program-program Pembangunan Eksekutif yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ini merupakan program flagship di bawah pelaksanaan Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang diwujudkan bagi mendokong hasrat Wawasan Brunei 2035 melalui Strategi Pembangunan Institusi di bawah Rangka Kerja Perkhidmatan Awam. Tujuan CSLP adalah untuk menyediakan Leadership Pool dari kalangan pegawai-pegawai Bahagian II ke atas bagi membantu Perancangan Strategik Sumber Manusia dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu, Program-program Pembangunan Eksekutif ini secara amnya bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kepimpinan dan kewibawaan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang berpotensi.

EDPSGO dan EDPMMO kali ke-26 ini buat julung kalinya dijalankan oleh Universiti Teknologi Brunei dan YEP pula adalah program yang dijalankan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam. Kandungan program-program tersebut antara lain memuatkan pengajian isu dan dasar semasa serta amalan terbaik dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam yang dipraktikkan secara global. Selain itu, para peserta juga diberikan pendedahan secara praktikal melalui penempatan kerja, projek kemasyarakatan, lawatan sambil belajar serta sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin di peringkat Kerajaan.


Attachments