Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan-Peraturan Penggunaan Gelanggang Tennis


  • Hanya ahli berdaftar KPA dan dua orang tetamu sahaja dibenarkan menggunakan gelanggang. (Nota: peraturan dua orang tetamu akan ditiadakan jika Kelab telah diberikan kebenaran mengenakan bayaran kepada bukan ahli).
  • Pengguna dikehendaki meninggalkan gelanggang setelah masa sesuatu sesi tamat atau 10 minit sebelum kelab ditutup.
  • Pengguna hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan kasut yang dikhususkan untuk sukan Tennis sahaja.
  • Hanya raket dan bola-bola yang dikhususkan untuk sukan Tennis sahaja boleh digunakan.
  • Pengguna harus memastikan minuman-minuman tidak tumpah di gelanggang dan semua botol minuman hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.
  • Sekiranya bermain pada waktu malam, pengguna hendaklah memasang lampu gelanggang dan menutup lampu setelah selesai menggunakannya.
  • Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda yang terdapat disekitar gelanggang tennis daripada dirosakkan dan disalahgunakan.
  • Pihak KPA tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda semasa menggunakan gelanggang.
  • Pengguna yang melanggar peraturan ini akan diarahkan untuk memberhentikan permainan.
  • Pembatalan penggunaan gelanggang adalah dibawah kuatkuasa pihak Pengurusan KPA.
  • Pengguna di larang membawa minuman keras di dalam atau luar gelanggang.
  • Tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam gelanggang.
  • Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.
  • Kelab Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam kawasan kelab.
  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.