Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan Penggunaan Kolam Renang


  • Hendaklah memakai pakaian renang yang sesuai.
  • Tidak dibenarkan memakai pakaian seperti seluar jeans, seluar track suit, seluar pendek berpoket dan seluar bola di dalam kolam renang.
  • Semua jenis seluar tights (pendek atau panjang) adalah dibenarkan.
  • Bertudung adalah dibenarkan (perempuan).
  • Pengguna dinasihatkan untuk tidak membawa barangan kemas atau berharga apabila menggunakan kemudahan ini. Bagaimanapun, pengguna boleh menyimpan barangan kemas dan berharga di dalam locker. Kunci locker boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu/Pengawal Keselamatan.
  • Bersalin pakaian hendaklah dilakukan di dalam bilik pertukaran pakaian sahaja.
  • Bersihkan diri dengan mandi (shower) sebelum masuk ke dalam kolam renang.
  • Makan, minum, merokok dan berludah samada di dalam atau luar kolam adalah ditegah kecuali di tempat yang dikhaskan.
  • Kasut dan selipar tidak boleh digunakan dalam kolam renang.
  • Jangan berlari atau berkejar-kejaran.
  • Dilarang bertolak-tolakan.
  • Mereka yang mengalami sebarang penyakit kulit berjangkit atau demam adalah tidak dibenarkan menggunakan kolam renang.
  • Dilarang melakukan aksi-aksi berbahaya/lasak (stunt) samada di dalam atau luar kolam renang.
  • Tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat menyelam di dalam kolam kecuali goggle. Snorkeling set adalah ditegah.
  • Kanak-kanak berumur di bawah 14 tahun mesti ditemani oleh ibubapa atau penjaga atau orang dewasa yang pandai berenang.
  • Kanak-kanak di bawah 14 tahun yang tidak ditemani oleh ibubapa, penjaga atau orang dewasa adalah ditegah menggunakan kolam renang.
  • Berenang berseorangan adalah tidak dibenarkan.
  • Kanak-kanak yang berumur 2½ hingga 3 tahun hendaklah dipakaikan nappy yang dikawal dengan tutupan plastik.
  • Setiap kemalangan hendaklah dilaporkan kepada Penjaga Kolam atau Pengawal Keselamatan.
  • Periksa segala barangan milik persendirian sebelum beredar meninggalkan kolam renang.
  • Pengawal Keselamatan atau Penjaga Kolam yang bertugas boleh memberhentikan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan syarat dan peraturan kolam renang.
  • Pengguna dilarang mandi atau masuk ke kolam renang apabila kerja-kerja pembersihan kolam renang sedang dijalankan.
  • Ahli tidak dibenarkan menggunakan kolam renang pada hari hujan kuat dan berpetir. Siren atau wisel akan dibunyikan secara berterusan sebagai amaran untuk mengarahkan pengguna keluar dari kolam renang.
  • Baju mandi hanya boleh dipakai dalam kawasan kolam renang sahaja. Semasa memakai pakaian mandi, tidak dibenarkan berada dikawasan foyer, bangunan utama kelab, lobi, snack bar, tempat-tempat kemudahan sukan dan restoran/kantin kelab.
  • Pengguna yang berpakaian basah tidak dibenarkan duduk atas sofa leather atau fabrik.
  • Tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam Loji Penapis Kolam.
  • Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.
  • Kelab Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam kawasan kolam renang atau di lain-lain tempat dalam kawasan kelab.
  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.